Bersedia Untuk Membawa Kemahiran Kepimpinan Anda Ke Tahap Seterusnya?

Kem Kepimpinan VERSA merupakan sebuah program intensif yang direka untuk melengkapkan anda dengan kemahiran, pengetahuan dan minda untuk berjaya dalam dunia yang sentiasa berubah dengan pantas.
Muat turun PDF untuk butiran dan maklumat penuh kursus

Apa itu VERSA?

Dapatkan akses kepada rangkaian latihan, bengkel dan pengalaman langsung sambil disokong oleh mentor-mentor dan pakar industri dari pelbagai latar belakang, yang akan membantu memupuk kemahiran kepimpinan dan pemikiran strategik anda untuk memacu pertumbuhan dan memberi kesan positif di mana-mana sahaja.

Kecapi potensi anda. Mohon sekarang kerana tempat adalah terhad!

Versatile

Responsive

Agile

Engaging

Street-smart

Program Kami

Menyediakan Belia Untuk Menempuh Cabaran Hari Esok.

Terdiri daripada 3 sesi latihan selama 2 hari, program ini merangkumi 3 tema utama: Pimpin Diri, Pimpin Orang Lain, dan Memacu Perubahan. Setiap tema direka untuk menyediakan calon dengan pengalaman pembelajaran holistik untuk melengkapi calon untuk peranan kepimpinan pada masa hadapan.

Pendekatan Kami

Pimpin Diri

Memberi tumpuan terhadap pembangunan kesedaran diri dan keberkesanan peribadi dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka, selain pembelajaran untuk menetapkan matlamat, pengurusan masa yang berkesan, dan menetapkan strategi untuk pertumbuhan dan pembangunan diri.

Pimpin Orang Lain

Modul ini menekankan kepentingan nilai kerjasama dan komunikasi dalam pasukan. Calon akan belajar bagaimana untuk membina sebuah pasukan yang berkesan, berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sekerja dan pihak berkepentingan, dan memperhalus kemahiran interpersonal mereka.

Memacu Perubahan

Modul ini tertumpu terhadap bagaimana calon dapat memimpin perubahan dan memacu inovasi dalam organisasi mereka dengan mengenal pasti peluang, membangun dan melaksanakan strategi serta mengurus rintangan terhadap perubahan.

Hasil Pembelajaran

  1. Anda akan dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan penting untuk menjadi pemimpin masa depan yang berwibawa.
  2. Biasakan diri dengan kekuatan dan kelemahan anda, dan rumuskan sebuah rancangan untuk meningkatkan kesedaran diri anda.
  3. Dapat meningkatkan daya kreativiti terpendam dan menyediakan solusi-solusi berkesan dan ‘luar kotak’.
  4. Secara konsisten mencipta peluang untuk bekerjasama dan membangunkan kemahiran kerja berpasukan.
  1. Memperoleh minda yang terbuka secara global melalui pendedahan terhadap pelbagai budaya, perspektif dan amalan perniagaan.
  2. Dapat berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sebaya serta membangunkan sepenuhnya kemahiran ‘interpersonal’ teras.
  3. Kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian masalah yang diperhalusi, membolehkan anda mencapai keputusan yang diinginkan dengan lebih baik.
  4. Menerap ‘growth mindset’ yang membolehkan anda menerima kritikan membina, membangunkan daya tahan, dan terus berkembang dan bertambah baik.

Melalui pembangunan kemahiran yang disebut di atas, kami percaya bahawa calon yang keluar daripada VERSA Bootcamp akan dilengkapi sepenuhnya untuk menjadi CEO dan pemimpin muda yang berkesan dan berjaya, menerajui tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

Program Kami

Siapa Layak Menyertai Program Ini?

  1. Lahir atau berpangkalan di Johor, warganegara berumur 22 – 30 tahun.
  2. Profesional yang berada dalam peringkat awal kerjaya dan ingin mempercepat perkembangan kepimpinan mereka.
  3. Bakal usahawan yang ingin mengembangkan kemahiran dan pemikiran yang diperlukan untuk memulakan
    perniagaan yang berjaya.
  4. Pengurus dan pemimpin pasukan yang ingin meningkatkan kemahiran kepimpinan untuk membina pasukan yang berprestasi tinggi.
  5. Pemimpin impak sosial yang komited untuk memacu perubahan positif bukan hanya di komuniti mereka, tetapi juga di luar komuniti itu.
  6. Pelajar dan graduan yang ingin membangunkan kemahiran kepimpinan mereka dan mendapatkan pengalaman praktikal dalam dunia perniagaan.
MULAKAN PERMOHONAN ANDA SEKARANG