Memacu Perkembangan Anda - Sebuah program 5 bulan yang dihasilkan khas untuk membina minda-minda muda Johor untuk menerajui masa depan negara.

The Onn Leadership Accelerator Programme membantu calon untuk menguasai pelbagai kemahiran, ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk menjadi pemimpin muda dalam industri masing-masing.
Muat turun PDF untuk butiran dan maklumat penuh kursus

Hasil Pembelajaran

#1 Nilai Kepimpinan

Mengenali piagam kepimpinan peribadi dan nilai-nilainya untuk membantu mereka dalam perjalanan kerjaya kepemimpinan mereka

#2 Rancangan Pembangunan

Jelas dengan ciri-ciri kepimpinan abad ke-21 disamping mencipta sebuah PELAN PEMBANGUNAN BERTERUSAN yang memberi impak positif terhadap komuniti masing-masing.

#3 Alat Kepimpinan

Membangunkan sifat dan kepimpinan peribadi tersendiri, lantas melaksanakannya untuk mengukuhkan keupayaan mental dan fizikal mereka.

#4 Rangkaian

Bina rangkaian pembelajaran kepimpinan bersama rakan sebaya, mentor, pemimpin perniagaan dan pemimpin komuniti untuk merangsang pertumbuhan yang berterusan.

#5 Komuniti

Mempamerkan daya kepimpinan komuniti dengan melengkapkan projek usahawan sosial yang asli, bebas dan berkesan untuk komuniti setempat mereka.

Metodologi Kami

Kami percaya bahawa pengamalan secara ‘hands-on’ adalah cara terbaik untuk pembangunan seseorang peserta. Oleh itu, program ini memberi penekanan kepada aplikasi praktikal untuk mewujudkan penglibatan yang menarik dan bermakna pada perjalanan pembelajaran peribadi mereka.

Pembelajaran Formal

EMPAT (4) modul pembelajaran utama ini akan menjadi pemangkin yang memulakan proses pembelajaran dengan menyediakan set kemahiran, pengetahuan dan membantu peserta mencapai kejayaan yang ingin dikecapi.

Pembangunan Kendiri

Pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana sahaja melalui cara digital bagi melengkapkan calon dengan bahan pembelajaran yang diperlukan di mana sahaja mereka berada.

Belajar Dengan dan Melalui Orang Lain

Peserta juga akan berpeluang untuk menjalin rangkaian bukan sahaja dengan rakan yang setara dengan mereka, malah dengan rakan yang berada di luar skop mereka (cth. komuniti, industri, pemimpin, dll.) untuk mengukuhkan hubungan silang fungsi dan merapatkan jurang antara teori dan aplikasi. Di samping itu akan ada juga sesi beramah mesra dengan tetamu jemputan. Peserta akan mendapat pendedahan secara langsung dengan pemimpin berpengaruh di Malaysia yang akan berkongsi perjalanan, cabaran mereka dan pencapaian mereka dalam perjalanan ke puncak.

Belajar Melalui Pengalaman

Peserta kemudian akan mengambil apa yang telah dipelajari dan mengamalkannya di tempat kerja mereka sendiri untuk mencapai matlamat yang ingin dikecapi. Para peserta juga berpeluang untuk memulakan aktiviti sosial projek usahawan mereka tersendiri menggubah idea menjadi realiti dalam bentuk sokongan persekitaran, disokong oleh ahli fakulti yang berpengalaman.

Empat (4) Modul Pembelajaran Utama

Cara Pahlawan

Mengambil inspirasi daripada disiplin Aikido, setiap peserta diajar strategi untuk mengawal emosi sendiri dan memahami konsep kepimpinan dengan membangunkan nilai asas dan kesedaran diri yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan, bukan sahaja dalam komuniti mereka, tetapi juga di tempat kerja dan selainnya.

Berkembang Maju dalam Dunia Korporat

Langkah pertama anda ke dunia korporat boleh menjadi salah satu detik yang paling menarik dan juga menakutkan dalam hidup anda. Modul ini menyentuh tentang kepentingan penjenamaan peribadi, dan bagaimana ia membantu membangunkan harga diri anda untuk kejayaan yang lebih besar dalam hidup.

Berinovasi dan Menjana Semula

Landskap perniagaan sentiasa berubah pada kadar yang laju, dan keupayaan untuk melihat daripada pelbagai perspektif untuk mencipta lebih banyak nilai dengan cepat menjadi kemahiran yang tidak ternilai dalam ekonomi global. Dalam modul ini, para peserta dibekalkan dengan alat, sumber dan bimbingan yang diperlukan untuk membangun dan melancarkan projek keusahawanan sosial mereka sendiri yang boleh diaplikasi selepas tamatnya program.

Program ini juga membolehkan anda mencipta nilai perniagaan melalui inovasi dengan mempunyai pemikiran dan pengetahuan asas yang betul.

Bercakap Seperti Seorang Profesional

Tarik perhatian penonton anda!
Kuatkan kemahiran pembentangan anda dengan mengenal pasti teknik untuk mempengaruhi penonton dan memanfaatkan kekuatan peribadi anda yang lain dari yang lain.

Modul pembelajaran ini akan dijalankan menggunakan pendekatan HIBRID (Bersemuka & Maya) yang diintegrasi dengan METODOLOGI berikut:

  • Sesi kelas interaktif
  • Aktiviti berdasarkan pengalaman sebenar
  • ‘Role play’
  • Kes ringkas/Artikel/Infografik
  • Permainan simulasi
  • Perbincangan kumpulan
  • Projek sebenar
  • Muhasabah diri

Golongan Sasar

  1. Lahir di Johor atau sedang bermastautin di Johor untuk tujuan belajar atau bekerja.
  2. Peserta mesti berumur dari 22 hingga 30 tahun.
  3. Peserta mestilah Graduan Ijazah Sarjana Muda (CGPA > 3.25).
  4. Memiliki kemahiran komunikasi yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  5. Calon yang terlibat secara aktif dalam perkhidmatan komuniti dan sosial (CSR/NGO).
  6. Muat turun PDF untuk kriteria penyertaan penuh.
Muat turun PDF untuk kriteria penyertaan penuh